Hati

Jam menunjukkan pukul 2pagi, Mak Esah masih di ruang tamu, khusyuk menyiapkan baju kurung yang ditempah oleh jirannya. Kesempitan hidup sejak kematian suami, memaksa mak Esah bekerja keras bagi menyara hidupnya serta anak kembarnya yang masih remaja.

Dentuman guruh di luar menyebabkan si kembar Aiman dan Adlan terjaga. Memandangkan mereka tidur di ruang tamu, kedua anak ini melihat ibu mereka yang tekun menjahit.

“Tidurlah semula. Bunyi guruh sahaja”, kata mak Esah, lembut.

Aiman pejamkan matanya. Dalam hati, dia sedikit terganggu bila melihat ibunya yang masih sibuk menjahit.

“Ibu kerja keras pun tak guna, duit tetap tak cukup. Kasut sekolah yang koyak pun masih tak berganti. Ibu ni tak fikir kah cara lain untuk tambah duit. Asyik buat benda yang sama saja sejak dulu”, getus hati Aiman sambil dia membalikkan badannya untuk mencari posisi tidur yang lebih selesa.

Adlan juga cuba menyambung tidurnya. Namun wajah ibunya yang masih berusaha menyiapkan jahitan, meruntun hatinya.

“Kesian ibu . Bersusah payah untuk membesar dan meyekolahkan kami. Aku perlu bersungguh belajar agar berjaya. Baju lusuh dan kasut koyak bukan alasan untuk aku malas ke sekolah”. Begitu Adlan menanam azam di dalam hatinya.

.
.
Dengan kata hati yang berbeza, apakah kembar ini akan mengambil tindakan yang sama? Bagaimana reaksi Aiman apabila bangun untuk ke sekolah esoknya? Apakah Adlan akan lebih menghargai ibunya berbanding Aiman? Jika sikap ini berterusan, apakah kesan keadaan ini kepada kehidupan Aiman dan Adlan di masa hadapan?

Begitu besar kesan apa yang ada di dalam HATI kita, kepada perlakuan dan tindakan luaran. Pastinya semua ini akan memberi kesan pada kehidupan akhirat yang kekal selamanya.

“Berhati-hati dengan HATI”

Oleh: Pn. Badariah Ismail

Share

3 comments

  1. Moga Allah sentiasa menjaga HATI kita, dan hati ini terus kuat. Ya Allah.. pelihara dan satukan hati2 kami .

  2. Bnyak prsoalan dlm crita yg kita nk tahu, tapi setiap prsolan itu msti ada jwpan so kita x blh nilai seseore dari luaran krn hati x sama wlaupun kembar skali pun.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *