Niat menuntut ilmu…

..::Refleksi semalam::.. Kuliah Ustaz Norazam.

“Seandainya kita menuntut ilmu dengan niat berlumba-lumba mencari nama, kemasyhuran, kemegahan, terkemuka dalam kalangan kawan-kawan dan bersifat keduniaan semata-mata, maka kita berusaha untuk menghancurkan diri kita, merosakkan dan kita x mendapat apa-apa”

Justeru;

1. Pasakkan dalam hati : Niat menuntut ilmu untuk mendapat keredhaan Allah.

2. Menuntut ilmu untuk menghilangkan kejahilan kita, menambah ilmu dan seterusnya keluarga kita.

3. Menjaga agama Allah supaya tidak terpesong dalam kejahilan dsb.

4. Bersyukur di atas nikmat kesihatan dan nikmat akal yang Allah beri.

♡ Segala niat tidak boleh ada ;

a. Kemegahan
b. Dengan ilmu yg ada sekadar mengumpul harta dunia tanpa bertambah rasa kehambaan dan ketaqwaan.
c. Kemasyhuran.

♡ Ilmu merupakan petunjuk dengan memperbaiki luaran, amalan yang secara langsung akan membentuk dalaman (buang semua keegoan, takbur, ujub, menunjuk dan suka riak)

♡ Jika niat baik -> Ilmu bermanfaat, tingkatan ilmu bertambah.
♡ Jika niat tidak ikhlas -> Tertipu daya dengan hasutan syaitan serta terkumpul dengan golongan orang yang merasakan telah berbuat kebaikan dan amal soleh sedangkan mereka berbuat maksiat.
♡ Jika ilmu bertambah, tetapi taqwa semakin berkurang, amal berkurang, berdoalah supaya allah bimbing kita untuk meningkatkan amalan dan banyakkan istighfar.

♡ Disaksikan ada org yg menggunting lidah (x memanfaatkan amanah. Disampaikan ilmu untuk orang berbuat kebaikan tetapi diri sendiri tidak buat)

Insaf sekejap saya mendengar kuliah smlm.

#TajdidNiat
#Ikhlas
#Jomsama2amalkan

Share

6 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *