Kecil menjadi kawan, besar lawan kita! Awas Api kebakaran…

Assalammualaikum… Salam Khamis penuh keberkatan.

Nak share sesuatu yang mungkin kita x perasan tapi besar kesannya dalam menjaga keselamatan kita semua dalam usaha untuk mengelakkan kebakaran. Point sempat dicatat sepanjang taklimat kebakaran semalam.

♡ Rehatkan peti sejuk kita 30 minit setiap 6 bulan sekali untuk mengurangkan risiko kepanasan yg mungkin menyumbang kepada kebakaran. #First time dengar info ini.

♡ Kalau ada accident dan nampak kebakaran sementara menelefon dan menunggu bomba sampai boleh tahan lori, bas atau teksi untuk pinjam fire estinguisher sbb 3 kenderaan awam ni diwajibkan ada. Pinjam dulu jika emergency sbb nk tggu bomba maybe jam. So mungkin kita menyelamatkan nyawa. Ada juga dijual AES fire estinguisher anti letup keluaran Osafe boleh diletak dlm kereta, tapi harganya sedikit mahai 😅

♡ Rajin2lah surf ke Website Polis dan Bomba untuk mendapatkan maklumat dan tips2 keselamatan.

♡ Jika wiring rumah lama kita lebih 10 tahun, kena cari professional wireman utk check kondisi wiring untuk rewiring semula @ baiki mana2 yg rosak. Jangan wireman biasa2. Teringat plug di kpg. Ish.. kena take action ni utk keselamatan semua.

♡ Bincang dgn family atau organisasi assembly point di luar pagar just in case ada sesuatu yg x diingini. Sebab. ada satu case kebakaran. Ayah dan anak tak tahu nk ke mana seorg lari pintu depan dan seorg lari pintu belakang. Memandangkan dua2 panik risau ayah di dlm dan ayah risau anak terperangkap, kedua2nya masuk semula dan lemas di ruang tamu saling berpelukan. So at least inform, kalau jadi apa2 semua ke luar pagar walau berlari dr arah mana pun. Tunggu di luar. Mudah2an kita dijauhkan dr mala petaka dan bahaya. Selamatkan diri, barang2 dokumen boleh dicari, tapi nyawa x akan boleh diganti.

Mudah2 kita dalam lindungan Allah selalu. inshaAllah.

Share

6 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *